Khamis, 23 Mei 2013
HABBATUS SAUDA
Hadis 1
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Pengenalan Habbatus sauda:
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.
Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.
Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.
Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek.
Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian:
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. SelsemA
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
INSYA ALLAH,SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH
(RAFI HAMZAH)
KAYU KOKA
Setiap
ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang
tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang
tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai
ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun
makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut
tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari
dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di
dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan
mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui
pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana
kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan
bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan.
Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati.
Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam
bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang
digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta
ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya
tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah
logam yang paling aneh dan unik.
Di dalam
kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi
khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan
manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan
ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai
kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali
pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala
kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis
kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman
Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat
Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
Kesemua
ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT
jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya
kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang
mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
Kayu
Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar,
penyembuh danpelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk
Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya
dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu
sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat
kecemasan atau darurat.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
- Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
- Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
- Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
- Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
- Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
- Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
- Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
- Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
- Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
- Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
- Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
- Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
- Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,
INSYA ALLAH.
INSYA ALLAH.
Rabu, 22 Mei 2013
ANY KLAEN COMPACT POWDER
Nama Bedak Arab Syria tidak asing lagi
bagi segelintir wanita di Malaysia. Bedak yang sedang laris di pasaran
kini mendapat sambutan yang hangat oleh setiap pengguna kerana
keberkesanannya dalam mencantikkan wajah supaya kelihatan ayu dan
jelita. Bedak ini juga menjadi kegilaan ramai.Bedak ini diimport
daripada syria.
Kenapa Bedak Syria terlaris di pasaran?Kerana ianya menjimatkan dan mudah digunakan.
Bedak Syria ini gabungan 3 dalam 1 iaitu Moisturizer, Foundation dan Bedak. Jimat bukan?
kerana anda dapat ketiga-tiganya dalam 1 pek sahaja. Bukankah ianya menjimatkan wang anda?
Antara kelebihan Bedak Syria :
- 100% halal dan suci
- Boleh dibawa sembahyang
- Sesuai untuk semua aktiviti dan keadaan sama ada ketika bersukan dan sebagainya.
- bedak arab ini menjimatkan kerana boleh tahan sehingga 5 bulan lamanya mengikut penggunaan setiap individu.
- Bedak yang boleh memutihkan wajah anda tanpa menghitamkan dan menggelapkan kulit anda
- Ianya sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira berkulit cerah, gelap dan sebagainya. Ianya sesuai untuk semua kulit.
- Boleh mengecutkan jerawat bagi yang muka berjerawat.
- Membuatkan wajah anda kelihatan lebih menarik kerana ianya kemas dan sekata.
- Badak Syria ini mengandungai vitamin E khas untuk kesihatan kulit anda serta mengekalkan keaslian wajah.
- Masih kelihatan cantik walaupun ketika berpeluh.
- Badak ini tidak melekit pada pakaian, tisu dan sebagainya kerana ianya terus meresap ke kulit.
- Baunya wangi
- Membuatkan wajah kelihatan neutral dan semulajadi tanpa kesan bedak yang ketara.
- Mudah dibersihkan dengan air.
- Mampu menyamarkan kesan-kesan jerawat dan jeragat.
- Berat 41 gram.
- Dan macam-macam lagi….
(RAFIHAMZAH)
Langgan:
Catatan (Atom)


