Khamis, 23 Mei 2013
HABBATUS SAUDA
Hadis 1
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Pengenalan Habbatus sauda:
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.
Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.
Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.
Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek.
Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian:
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. SelsemA
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
INSYA ALLAH,SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH
(RAFI HAMZAH)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan